Jumat, 27 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » Tinggal keluarga demi cinta

Tinggal keluarga demi cinta

Fitriah menceritakan dugaan yang dihadapinya.

SABAK BERNAM – “Saya sanggup berhari raya bersama penghuni lain daripada pulang ke kampung kerana tiada lagi ertinya Syawal jika keluarga tidak mahu terima saya seadanya,”.

Demikian kata seorang penghuni Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Sabak Bernam, di sini.

Fitriah (bukan nama sebenar) berkata, sambutan Aidilfitri tidak lagi bermakna jika keluarga terus menyisihkan dirinya dan hanya rumah itu sahaja mampu merawat duka yang terpaksa ditanggungnya selama ini.

Menurutnya, dia kini mengecap bahagia dengan kehidupan yang dilaluinya sekarang, tetapi mengakui perasaan sayang pada keluarga tercinta tidak pernah padam dalam hatinya jika keluarga menerimanya dengan hati terbuka.

“Menipulah kalau tak sayangkan ibu bapa yang bersusah payah membesarkan kita, tapi dugaan hidup yang saya lalui terlalu perit hingga memaksa saya sukarela untuk tinggal di pusat perlindungan ini,” katanya.

Fitriah berkata, segala-galanya berubah apabila dia mengenali Remy (bukan nama sebenar) yang dianggapnya sebagai pelindung apabila lelaki itu selalu memberi kata-kata semangat kepadanya untuk meneruskan kehidupan.

Menurutnya, pada awal perkenalan, Remy memujuknya untuk tinggal di rumah neneknya dan dia bersetuju dengan cadangan lelaki itu dan bertindak liar apabila melarikan diri dari rumah.

“Saya tinggal di rumah nenek Remy selama tiga hari dan atas nasihat keluarga lelaki itu, saya telah membuat laporan polis dan menyatakan saya lari dari rumah,” katanya.

Bagaimanapun katanya, keluarganya yang mendapat tahu dia melarikan diri telah menjemputnya untuk pulang semula ke rumah, namun tidak lama tinggal di rumah apabila sekali lagi melarikan diri mengikut Remy ke Johor Bahru.

“Saya tinggal seperti pasangan suami isteri bersama Remy dan kami juga sering terlanjur,” katanya.

Katanya, sewaktu tinggal bersekedudukan dengan lelaki itu, Remy mula menunjukkan belangnya apabila sering bertindak kasar dengan menampar, menendang dan memaki hamunnya sesuka hati tanpa perikemanusiaan.

“Saya seperti dipukau dengan perlakuan Remy, tapi ketika itu saya masih sayangkannya hinggalah saya bertindak melarikan diri dari rumah itu untuk mencari kehidupan baru,” katanya.
Katanya, atas na

ihat keluarga, dia mengambil keputusan untuk tinggal di rumah perlindungan itu untuk mendekatkan diri kepada Ilahi dan berharap sempena Syawal mulia ini hubungan dia dan keluarga bertambah jernih.

“Ketika ini biarlah saya menjauhkan diri, mungkin cara ini akan terubat kerinduan saya terhadap keluarga dan berharap dapat mendekatkan diri dengan yang Maha Esa kerana melalui-Nya kita berdoa agar ikatan kekeluargaan ini pulih,” katanya.

1 komentar:

  1. KABAR BAIK! KABAR BAIK!

    Untuk mengenalkan diri dengan benar,
    Nama saya adalah ibu SUSAN dari [SUSAN BOWMAN LOAN COMPANY]

    Saya adalah pemberi pinjaman swasta, perusahaan saya memberikan pinjaman segala jenis dengan suku bunga 2% saja. Ini adalah kesempatan finansial di depan pintu Anda, terapkan hari ini dan dapatkan pinjaman cepat Anda.

    Ada banyak di luar sana yang mencari peluang atau bantuan keuangan di seluruh tempat dan tetap saja, tapi mereka tidak dapat mendapatkannya. Tapi ini adalah kesempatan finansial di depan pintu Anda dan dengan demikian Anda tidak bisa melewatkan kesempatan ini.
    Layanan ini membuat individu, perusahaan, pelaku bisnis dan wanita.
    Jumlah pinjaman yang tersedia berkisar dari jumlah pilihan Anda untuk informasi lebih lanjut hubungi kami melalui email:

    Susanbowmanloancompany@gmail.com

    BalasHapus